Tiada Tekanan Kerja, Jep Sepahtu Lebih Selesa Di Stesen Radio

PELAWAK Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzi Zainal Abidim, 31, aku bahawa dia lebih selesa berada di konti radio berbading muncul di kaca TV.

Tambahnya, dia juga telah mengehadkan penglibatannya dalam dunia komedi dan kini lebih selesa bekerja di slot Sepahtu inar yang dikendalikan bersama Shuib dan Rahim R2.

“Saya mula jatuh cinta dengan kerja asebagai penyampai rdio kerana saya menyukai suasana kerja di Sinar fm bersama kawan-lawan saya dan kali terakhir saya terlibat dengan program komedi di televisyen ialah Sepahtu Reunion.

Sepahtu Sinar; Shuib, Jep dan Rahim R2

“Jenis saya, kalau dah selesa dan seronok dengan sesuatu kerja, saya akan betul-betul fokus,” katanya kepada Astro gempak.

Tambah Jep, keserasian bersama dua lagi sahabat dan tiada tekanan kerja antara faktor yang menyebabkan dia memilih untuk tidak muncul di kaca TV dan dia juga menjelaskan hanya akan menerima tawaran berlakon jika tidak menganggu jadual kerjanya di radio. -MYNEWSHUB.CC

Loading...