Janna Nick Elak Lakonan Terlalu Over, Tidak Mahu Berpelukan

PELAKON jelita, Janna Nick meluahkan rasa syukur dan gembira kerana keserasiannya bersama Shukri Yahaya dalam drama Suami Tanpa Cinta diterima orang ramai.

Namun, dia akan berusaha untuk mengelak dari melakukan adegan berpeluk dan terlalu bermesra sehingga menimbulkan kemarahan dan mengundang kritkan dari penonton.

Shukri Yahaya dan Janna Nick, Drama Suami Tanpa Cinta
Shukri Yahaya dan Janna Nick, Drama Suami Tanpa Cinta

“Walaupun Shukri merupakan suami orang, dia tidak meletakkan sebarang syarat pelik pada saya dari segi lakonan. Tetapi saya kena faham sendirilah untuk tidak terlalu melampau pada lakonan. Bagi saya, ramai yang tidak menyukai lakonan yang over seperti berpeluk-pelukan.”

“Kami berusaha menampilkan adegan mesra yang nampak sweet tetapi tidak melampaui batas. Biar orang tengok pun jadi suka dan tidak mengutuk. Saya takkan buat adegan berpelukan hingga menimbulkan kemarahan orang ramai,” jelas Janna Nick.

Tambahnya, sebagai seorang selebriti tanah air, dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengundang kemarahan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

Loading...