SATU PERUBAHAN

Dakota Pitts, 5

70 Anggota Polis Iring Murid Ke Sekolah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

INDIANA, Amerika Syarikat – Seramai 70 anggota polis meluangkan masa untuk mengiringi seorang kanak-kanak lelaki kembali ke sekolah selepas pelajar itu kehilangan bapanya dalam satu kejadian berbalas tembakan baru-baru ini.

Dakota Pitts, 5, kehilangan bapanya iaitu mendiang Rob Pitts, 45, seorang pegawai polis veteran, dalam satu kejadian berbalas-balas tembakan dengan seorang suspek lelaki di sini pada Jumaat lalu.

Rob berkhidmat dengan pasukan polis di Indiana sejak 16 tahun lalu. Insiden berbalas tembakan selama tiga jam itu turut menyaksikan suspek yang dikenal pasti sebagai Christopher Wolfe, 21, terbunuh.

Menurut laporan, Wolfe disyaki membunuh seorang lelaki lain yang berumur 26 tahun di sebuah rumah di Terre Haute di sini.

“Dakota bertanya kepada ibunya jika salah seorang rakan bapa boleh membawanya ke sekolah. Ibunya meminta bantuan daripada rakan-rakan mendiang suami dan ahli keluarga Pitts,” kata Detektif Les Ham dari Jabatan Polis Terre Haute.

Permintaan itu mendorong 70 anggota polis berpakaian seragam menunaikan permintaan Dakota. Kanak-kanak itu dipakaikan lencana bapanya dan dihadiahkan baju kemeja Senjata Khas dan Taktik (SWAT) oleh polis. – Agensi

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top