7,000 Kasut Disusun Tanda Protes Di AS

WASHINGTON D.C. (Amerika Syarikat)- Sebanyak tujuh ribu pasang kasut yang berbeza bentuk, warna dan saiz disusun di hadapan bangunan Capitol, Amerika Syarikat (AS), pagi semalam.

Difahamkan, perkara tersebut dilakukan sebagai satu bentuk tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar dan orang awam berikutan kejadian insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di Parkland, Florida.

Pada masa yang sama juga, mengenang peristiwa sedih pembunuhan kejam yang berlaku di Sekolah Rendah Sandy Hook, Connecticut pada 14 Disember 2012.

Para aktivitis yang menyertai demonstrasi tersebut menuntut supaya undang-undang pemilikan senjata api perlu dilaksanakan dengan lebih ketat kerana tidak mahu dua kejadian menyayat hati ini menjadi luka yang berdarah semula.

Berpuluh orang berdiri di kawasan tersebut dengan memegang sepanduk hitam yang tertulis perkataan “#NOT ONE MORE” dan “7,000 KIDS KILLED” yang ditulis oleh para aktivis tersebut.

Timbalan Pengarah Avaaz, Emma Ruby-Sachs, berkata, undang-undang persenjataan perlu diketatkan sebagai satu faktor keselamatan.

“Anda boleh lihat sendiri bagaimana majoriti rakyat Amerika yang berada di sini mahukan perubahan undang-undang persenjataan api supaya penggunaannya adalah lebih terkawal,” katanya yang mewakili Avaaz yang merupakan aktivis memperjuangkan hak dan kebajikan AS.

Timbalan Pengarah Avaaz, Emma Ruby-Sachs.

Lapor Reuters, pelbagai pihak telah menyumbang bagi menjayakan demonstrasi itu termasuklah beberapa orang artis yang terlibat iaitu Susan Sarandon, Bette Midler dan Chelsea Handler.

Demonstrasi tersebut antara yang mendapat perhatian dunia kerana aktiviti sedemikian jarang sekali dibuat. Malah, demonstrasi tersebut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat di AS. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Loading...