9,000 Kakitangan TNB Siap Siaga Pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Seramai 9,000 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertugas dalam keadaan bersiap siaga 24 jam bermula hari ini (Khamis), bagi memastikan bekalan elektrik terus dinikmati untuk keselesaan menyambut Aidilfitri.

TNB dalam kenyataan hari ini berkata pelbagai persiapan awal telah dijalankan bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik antaranya pemeriksaan di semua stesen janakuasa dan pencawangnya telah dijalankan.

Di sesetengah tempat juga TNB telah menambah baik sistem pencawangnya bagi menampung jangkaan beban yang meningkat di kawasan berkenaan.

Lebih 108 set janakuasa bergerak disediakan untuk digunakan sebagai punca bekalan eletrik, sekiranya diperlukan, katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku sebarang gangguan. – BERNAMA

Loading...