Abang Meninggal Dunia, Aisya Hasnaa Nekad Bertudung Litup

PELAKON drama Romi Cinta Julia, Aisya Hasnaa mengesahkan dirinya kini sudah bertudung litup sepenuhnya sejak 7 April lalu.

Menurut Aisya, keputusannya untuk berhijrah itu datang selepas abangnya, Adam Emir Umaruddin, 37, meninggal dunia pada 6 April lalu.

“€œSebulan sebelum itu saya memang sudah ada niat mahu bertudung. Bagaimanapun, sehari selepas abang meninggal dunia, saya bertekad untuk menutup aurat sepenuhnya.

“Lagipun sebelum meninggal dunia, abang selalu beri nasihat supaya saya menjaga keperibadian diri dan menjadi anak yang solehah,” katanya.

Aisya yang juga merupakan adik kepada chef selebriti terkenal, Anis Nabilah turut meluahkan rasa syukurnya apabila penghijrahannya itu mendapat sokongan positif keluarga dan rakan-rakan.

Dalam pada itu, Aisya mengaku dia  terpaksa melepaskan beberapa tawaran berlakon kerana penghijrahannya itu.

Selain drama Romi Cinta Julia, Aisya juga pernah membintangi filem Dollah Superstar bersama Awie, Fizz Fairuz dan Neelofa. – MYNEWSHUB.CC

Loading...