SATU PERUBAHAN

"Ada BeSS.. Barulah Nak Makan Pun Best!"

“Ada BeSS.. Barulah Nak Makan Pun Best!”

in Utama & Sensasi

WAH… bestnya musim cuti sekarang ni!! Banyak pula undangan gi kenduri kahwin. Apa lagi, hidangan favourite mestilah nasi minyak. Eh.. makan, makan juga. Tapi, selamat ke?

Tetiba teringat pula kes keracunan makanan yang lepas sampai masuk berita tu. Peniaga-peniaga katering ni tau ke pasal BeSS?

Hmm… peniaga yang betul-betul mementingkan aspek kesihatan, keselamatan dan kualiti makanan seharusnya kenalah apply sijil BeSS. Barulah semua pelanggan akan berasa lebih yakin dengan bisnes korang.

Maklumlah, bagi sesetengah pelanggan yang terlalu risaukan hal ni, mereka sanggup menjenguk terlebih dahulu bahagian dapur atau tempat penyediaan makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih katering korang tau!

"Ada BeSS.. Barulah Nak Makan Pun Best!"

Jadi, untuk para peniaga kedai makan, sama ada restoran ke, kafeteria ke, kantin ke mahupun katering, korang pergilah apply sijil BeSS tu. Tak payah bayar langsung pun. PERCUMA je!!

Kementerian Kesihatan Malaysia akan membimbing korang sampai dapat sijil BeSS. Mereka akan ajar berkaitan kebersihan tempat penyediaan makanan dan juga mengenai pemakanan sihat. Sekaligus, ia dapat meningkatkan lagi kualiti perniagaan korang. Tak gitu??

Berminat? Bolehlah hubungi ibu pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia atau boleh layari laman sesawang fsq.moh.gov.my dan Facebook BKKMHQ untuk maklumat lanjut.

Ada BeSS, barulah best! – MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top