Straight To the Point

Adibah Noor Tegur Sebutan Nyanyian Haqiem Rusli

in Artis/Utama & Sensasi

SINGLE terbaru penyanyi muda yang juga berbakat mencipta lagu, Haqiem Rusli berjudul Jatuh Bangun bergandingan dengan penyanyi rap, Aman Ra antara lagu yang paling digemari ramai.

Malah, lagu berentak rancak ini turut menampilkan lirik bahasa Inggeris di mana dilihat sebagai percubaan berani Haqiem untuk mencari kelainan.

Pun begitu baru-baru ini penyanyi, Adibah Noor telah menegur secara baik mengenai bahagian lirik bahasa Inggeris dalam lagu tersebut yang tidak jelas ketika dinyanyikan penyanyi berkenaan.



Dear adik Haqiem Rosli. Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu. Beat catchy, suara pun sedap sesuai untuk cita rasa muzik terkini.

“Cuma part English tu… apekemendenyelaaaaaaa yang adik sebut tu?” kata Adibah menerusi salah satu entri terbaharu di laman Twitter miliknya pada Isnin.

Bagaimanapun, Adibah memuji secara keseluruhan suara dan melodi lagu tersebut dengan mengatakan ia sedap didengar dan mengikut cita rasa muzik terkini.

Entri dimuat naik oleh Adibah pada Isnin

Ternyata perkongsian tersebut mendapat perhatian dalam kalangan netizen yang mana rata-rata bersetuju dengan teguran pelantun lagu Terlalu Istimewa itu.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar Haqiem memperbaiki sebutan bahasa Inggerisnya dengan Adibah yang sebelum ini merupakan guru bahasa Inggeris.

Namun, ada juga netizen yang malah cuba mempertahankan Haqiem dengan memberikan pelbagai alasan.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen khususnya di laman Twitter. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top