SATU PERUBAHAN

Anwar Ibrahim Aktif Semula Politik Lepas Aidilfitri

in Politik/Utama & Sensasi

KETUA Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka kembali mewarnai arena politk negara selepas menyambut Aidilfitiri.

Menurut peguam keluarganya, R. Sivarasa, tempoh itu ditetapkan bagi memberi masa dan ruang kepada Ketua de facto PKR itu berehat bersama keluarga sebelum kembali aktif.

“Sepanjang Ramadan ini bukan masa yang dikira sesuai, mungkin selepas raya kita akan memulakan proses untuk mengembalikan beliau ke parlimen.

“Anwar juga berhasrat menemui kenalannya di luar negara,” kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh.

Mengulas lanjut, Sivarasa berkata satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kerajaan.

“Apabila tiba masanya, pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan melibatkan bekas timbalan Perdana Menteri itu.

“Bagaimana ia bergantung dengan rundingan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamand,” katanya lagi.

Anwar yang kelihatan ceria sejak keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras pada 11.30 pagi tadi, telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan untuk menerima menghadap Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali selepas diperkenan Pengampunan diRaja. – MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Politik

Go to Top