Azhan Fokus Jaga Ibu, Tak Tertekan Soal Kahwin

PELAKON Azhan Rani, 40, memberitahu tidak pernah berasa tertekan untuk menamatkan zaman bujangnya kerana bagi dirinya ia bukanlah satu keutamaan.

Menurut Azhan, pada tahap kerjayanya sekarang, dia mahu memberikan tumpuan kepada karier dan menjaga ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia pada 21 Ogos lalu.

“Memang saya ada berfikir soal kahwin kerana siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri?

“Tetapi pada usia saya sekarang, saya rasa ia bukan lagi keutamaan dan saya banyak menyibukkan diri dengan kerja.

“Bapa saya baru meninggal dunia jadi selain dari lakonan, saya banyak memberi tumpuan kepada ibu saya,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta tetapi tidak berakhir dengan perkahwinan tetapi dia tidak berasa kecewa kerana yakin Allah mempunyai aturan yang lebih baik. -MYNEWSHUB.CC

Loading...