Straight To the Point

Belanja Mengurus Agong Hanya RM13.5 Juta Setahun

in Politik/Utama & Sensasi

PERBELANJAAN rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini hanya berjumlah RM13.5 juta, jauh sekali daripada jumlah RM257 juta seperti yang tersebar baru-baru ini.

Lapor blog The Third Force, jumlah RM13.5 juta merupakan jumlah anggaran perbelanjaan peruntukan untuk Agong dan bukanlah berjumlah suku juta seperti yang disebarkan oleh Datuk A. Kadir Jasin menerusi catatan dalam blog peribadinya.

Baca: RM257 Juta Dibelanja Agong Dalam 16 Bulan – Kadir Jasin

Sehubungan itu, The Third Force turut memuat naik jumlah peruntukan sebenar Agong bagi tahun 2017 dan 2018 seperti yang tertera dibawah.



Daripada senarai perbelanjaan rasmi ini, dapat dilihat bahawa emolumen atau bayaran gaji yang diterima oleh Agong sepanjang tempoh berkenaan adalah sekitar RM7.6 juta.

Manakala, perkhidmatan dan bekalan am pula berjumlah sekitar RM5.6 juta selain Aset serta Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap masing-masing berjumlah RM170,000 dan RM150,000.

Ia kemudian membawa kepada jumlah penuh sekitar RM13.5 juta sahaja setahun sekaligus menolak spekulasi yang bertebaran bahawa Tuanku telah membelanjakan RM257 juta sepanjang 16 bulan berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Dakwaan Kadir yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pembaharuan Peralihan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan mengenai jumlah itu jelas telah dimanipulasi daripada perbelanjaan Ratu England, Ratu Elizabeth.

Menurut Laporan Geran Sovereign 2016-17 yang merupakan penyata kewangan tahunan keluarga Diraja British, sebanyak RM224.06 juta telah dibelanjakan bagi tempoh tersebut.

Sekiranya anda menambah kira-kira peruntukan kasar selama empat bulan kepada jumlah berkenaan, anda akan mendapat kadar yang sama didakwa Kadir mengenai perbelanjaan Agong.

Senarai yang dibuat menggunakan Microsoft Excel dan kemudiannya dimuat naik ke dalam blog beliau itu ternyata palsu dan jika diamati ternyata tidak logik.

Kadir mendakwa purata RM16 juta sebulan telah dibelanjakan oleh Agong yang meliputi penginapan, kediaman, barangan peribadi, pengangkutan dan pelbagai lagi perbelanjaan lain.

Bagaimanapun, beberapa perkara dalam senarai tersebut seperti perbelanjaan untuk sewa dan pengubahsuaian rumah isteri Agong yang merupakan warganegara Republik Czech dan Ukraine.

Ini adalah contoh senarai penipu yang tersebar di media sosial dan dibuat oleh orang yang sememangnya tidak punya rasa hormat terhadap Agong.

Ternyata beberapa dakwaan mengenai perbelanjaan Agong ini tidak masuk akal dan ianya merupakan satu senarai bodoh dan sengaja dibuat bagi memburukkan Institusi Diraja.

Perbelanjaan Agong dalam senarai tersebut nampak sangat menipu. Mustahil untuk sesiapa sahaja yang sedang membuat kiraan perbelanjaan Agong meletakkan perkara tidak logik seperti perbelanjaan untuk isteri Tuanku.

Malah, senarai tersebut tampak tidak profesional dan seperti tiada rasa hormat kepada Baginda sebagai Ketua Negara.

Kalau anda seorang yang berakal dan mengamati senarai tersebut dengan betul, tengok sahaja pun sudah tahu senarai ini adalah palsu dan tidak masuk akal.

Sebarang dokumen rasmi untuk Agong jika difikirkan secara logik pasti lebih profesional dan teratur dari senarai itu.

Perlu diingat juga Rukun Negara kedua yang dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia setiap minggu sewaktu zaman persekolahan iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara’ perlu diamalkan.

Penyebaran dokumen perbelanjaan palsu seperti ini di media sosial serta platform lain nyata menunjukkan rasa tidak hormat sesetengah pihak kepada Institusi Diraja negara ini.

Malah, akhir-akhir ini, kita dapat lihat semakin ramai rakyat Malaysia yang terlalu berani bersuara memperlekehkan Institusi Diraja negara kita terutama sejak Pakatan Harapan mula berkuasa.

Dimanakah hilang rasa hormat kita terhadap raja-raja Melayu serta Yang di-Pertuan Agong?

Sebagai kerajaan yang mentadbir negara, PH sepatutnya tidak boleh berdiam diri sebaliknya perlu mengambil tindakan tegas terhadap sebarang cubaan jahat menghina serta memperlekehkan institusi raja-raja Melayu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top