SATU PERUBAHAN

Bintang ‘Full Metal Jacket’, R. Lee Ermey Meninggal Dunia

in Artis/Utama & Sensasi

BINTANG Hollywood, R. Lee Ermey yang terkenal dalam lakonan hebatnya dalam filem Full Metal Jacket dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Ermey yang mencipta nama di Hollywood sehingga menerima pencalonan Anugerah Golden Globe menghembuskan nafas terakhir di Los Angeles akibat komplikasi pneumonia.

“Dengan rasa sedihnya saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa R. Lee Ermey meninggal dunia pagi ini akibat komplikasi radang paru-paru.

“Dia pasti akan dirindu oleh kita semua, jumpa lagi,” tulis pengurusnya, Bill Rogin menerusi kenyataannya di Twitter.

Lahir di Emporia, Kansass pada 1944, Ermey merupakan bekas anggota tentera laut berpangkat Sarjan pada 1960-an dan pernah berkhidmat di sempadan Jepun dan Vietnam dalam perang dunia kedua.

Namun minatnya yang mendalam dalam dunia lakonan membuatkan beliau bersara awal dan mengambil keputusan untuk mendalami ilmu perfileman di Univerisiti of Manila di Filipina.

Antara filem terawal yang dibintanginya adalah Apocalypse Now dan sehingga ke hari ini, pelakon lagenda itu sudah membintangi sekurang-kurangnya 60 filem yang membabitkan watak berkaitan anggota tentera.

Watak Sarjan Stanley Kubrick dalam filem Full Metal Jacket yang menggambarkan beliau sebagai seorang jurulatih tentera yang bengis dan panas baran telah memenangi penamaan di dalam Anugerah Golden Globe.

Ermey juga meminjamkan suaranya untuk sejumlah filem animasi seperti Toy Story dan The Simpsons. – MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Artis

Go to Top