Straight To the Point

Beruang

Bomba Selamatkan Beruang Tergantung Atas Pokok

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MICHIGAN – Sepasukan anggota bomba di sini berjaya menyelamatkan seekor beruang hitam yang terperangkap di atas pokok dalam satu insiden baru-baru ini di Amerika Syarikat.

Satu rakaman video menunjukkan beruang hitam itu dalam keadaan tergantung setinggi 19.8 meter di atas pokok sebelum berjaya diturunkan oleh anggota bomba menggunakan tali.

Seorang pegawai berkata, Jabatan Sumber Asli (DNR) pada mulanya menerima panggilan mengenai beruang berkenaan dan berusaha menangkap haiwan itu menggunakan ubat pelali.



“Selepas ditembak, beruang itu menjadi agresif dan memanjat pokok dengan lebih tinggi menyebabkan kita terpaksa meminta pertolongan anggota bomba untuk membawa turun,” katanya.

Selepas berjaya dibawa turun, anak beruang hitam itu dilepaskan di habitat asalnya oleh DNR. – Agensi/Kosmo Online

Loading...
Tags:

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top