Ajaib… Budak Jatuh Air Terjun Tapi Selamat

PELIK tapi benar. Seorang kanak-kanak lelaki terselamat selepas terjatuh ke dalam air terjun Llanraeadr di Wales, Britaian pada ketinggian 150 kaki, Ahad lalu.

Kanak-kanak berumur tiga tahun itu bernasib baik apabila dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa berjaya ditarik keluar dari kaki air terjun itu oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di situ.

Phil Facey, pemilik restoran Pistyll Rhaeadr & Tearoom yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana masih hidup.

Malah ibu saudara kanak-kanak itu juga nyaris maut ketika cuba menyelamatkannya.

Namun wanita itu tersangkut pada dahan pokok yang berada pada ketinggian 25 kaki.

“Saya terdengar jeritan dan bergegas keluar serta terlihat seorang lelaki menarik keluar seorang budak dari kaki air terjun.

“Budak itu terjatuh ke dalam kaki air terjun sedalam dua meter. Ibu saudaranya cuba menyambarnya tetapi dia turut terjatuh dan tersangkut pada dahan pokok,” kata Phil.

Air terjun Llanrhaedr dekat Llanrhaeadr-ym-Mochnant di Powys mempunyai ketinggian 240 kaki, salah satu air terjun tertinggi di UK dan 60 kaki lebih tinggi berbanding air terjun Niagara yang terletak di Utara Amerika. – mStar Online

Loading...