‘Captain America’ Meriahkan Sambutan Hari Guru

KOSTUM Captain Amerika yang dipakai semasa Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 1 di Jerantut, Pahang mencuri tumpuan.

Kostum yang dipakai lengkap termasuk senjata adiwira tersebut sangat digemari terutamanya buat para pelajar sekolah terbabit.

Peniaga ais krim Mohd Rafiq Rusli, 31 berkata, sambutan ini adalah kesempatan buat dirinya yang sedia ada pakaian adiwira tersebut.

“Saya seronok apabila murid mula menyerbu untuk bergambar sebaik melihat kelibat saya di sekitar dewan sekolah.

“Pakaian adiwira itu turut menjadi tarikan utama pelanggan apabila berniaga di pasar malam dan ‘car boot sale’. Saya juga selalu menerima tempahan untuk majlis tertentu,” katanya pada Harian Metro.

Sambutan Hari Guru ini merupakan peluang baginya meraih rezeki apabila pengurusan sekolah itu menempah 400 kon ais krim yang dijual.

Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan W Shamsulbahari Mamat berkata, sambutan Hari Guru kali ini selari dengan tema guru yang telah diumumkan.

“Acara sambutan Hari Guru bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’ dimulakan dengan sukaneka dan diikuti dengan membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin,” ujarnya.

Pihak sekolah telah memilih tema pakaian ala Arab pada sambutan Hari Guru dan bersesuaian dengan kehadiran Ramadan, esok.

Sambutan Hari Guru telah disambut meriah dengan aktiviti yang doanjurkan oleh pihak sekolah tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Loading...