‘Creacion’ Jenama Pakaian Keluaran Datuk Siti Nurhaliza

BUAT peminat setia Datuk Siti Nurhaliza, anda kini sudah boleh memiliki koleksi pakaian ready to wear, di bawah label Creacion yang merupakan hasil ilham dan kreativiti penyanyi itu sendiri.

Siti yang terlibat secara langsung dalam penghasilan koleksi pakaian kasual itu menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap koleksi itu sejak lebih setahun lalu.

DSC_8901

Creacion diasaskan oleh penyanyi no.1 negara itu dengan kerjasama Jakel Trading Sdn. Bhd., mengetengahkan koleksi ready to wear yang mensasarkan kepada golongan wanita yang mementingkan gaya dan keterampilan.

Antara koleksi pakaian yang boleh didapati menerusi jenama Creacion ini ialah blause, jubah, seluar dan skirt panjang dengan harga berpatutan yang ditawarkan oleh pihak pengeluar.

“Mengenai jenama Creacion ini, Siti ciptakan rekaan yang minimal, yang tidak terlalu rumit selain menggunakan warna-warna asas yang menerapkan unsur-unsur etnik dan floral dalam rekaan coraknya.

“Ini merupakan hasil kolaborasi saya dengan pasukan pereka fesyen muda yang sama-sama menterjemahkan rekaan tersebut menjadi ready to wear untuk pengguna di luar sana.

“Saya sendiri akan gayakan koleksi pakaian ready to wear ini sebagai pakaian harian kerana ia memang sangat selesa dan sesuai untuk sebarang acara kasual,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ariani X Creacion By Siti Nurhaliza Fashion Show 2016 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.

Koleksi pakaian ready to wear Creacion didatangkan dalam pelbagai saiz sehingga XXXL bagi memberi variasi kepada setiap wanita untuk mencuba sendiri rekaan khas yang diilhamkan penyanyi tersohor negara itu.

Harga produk yang ditawarkan adalah sangat berpatutan bermula dari RM99 dan ke atas dan mampu milik untuk setiap golongan masyarakat.

Bersesuaian dengan filosofi yang dibawa oleh jenama ini, ‘Refleksi Pesona Wanita’, Siti ingin mewujudkan pesona gaya yang kuat, sebuah konsep tampilan dari seorang wanita yang selalu yakin akan kekuatan dirinya.

Jangan lupa dapatkan koleksi Creacion di butiknya yang bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur untuk merasai sendiri bagaimana rasanya menggayakan citarasa fesyen dan gaya persis penyanyi kesayangan ramai itu. – MYNEWSHUB.CC

1

2

4

6

8

9

10

11

Loading...