Dahulu Pendiam, Kini Usahawan CSM Berbisa

SIAPA sangka seorang yang dahulunya pendiam dan hanya melakukan pekerjaan seharian tanpa menghiraukan keadaan orang lain boleh berubah dalam sekelip mata.

Yaakop Mohd Isa, 59, yang memulakan bidang pekerjaan dalam perkhidmatan awam di Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan selepas bersara dan menyedari peluang dan keuntungan lebih luas.

Dahulu Pendiam, Kini Usahawan CSM Berbisa

Anak kelahiran Melaka ini pada mulanya melakukan kerja memproses kopi tetapi selepas tiga tahun menjalankan perniagaan itu, dia mengambil keputusan untuk bertukar kepada perniagaan susu kambing kerana dirasakan lebih berpotensi untuk berkembang maju.

“Ketika itu saya sendiri yang memasarkan produk kopi di kedai tetapi melihat perniagaan itu tidak memberi keuntungan yang lebih, saya buat keputusan untuk melibatkan dalam bidang pengeluaran susu kambing,” katanya.

Pesara kerajaan ini mula membabitkan diri dalam bidang pengeluaran susu kambing secara kecil-kecilan menggunakan kaedah manual pada tahun 2000, sebelum berubah kepada pemprosesan menggunakan mesin bermula pada 2005 menerusi syarikat Cipta Success Marketing (CSM).

Usahanya untuk mengembangkan perniagaan mendapat sokongan apabila Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) meluluskan bantuan geran sebanyak RM200,000 pada 2012.

Pengeluaran produk berasaskan susu kambing juga dapat dihasilkan dengan mudah apabila SME menyewakan kilang miliknya di Taman Perindustrian Ringan Tun Dr Ismail, Seremban, Negeri Sembilan untuk melancarkan proses penghasilan dan memudahkan pengedaran produknya selain pengeluaran dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi permintaan.

Dahulu Pendiam, Kini Usahawan CSM Berbisa

Jelasnya, selepas 13 tahun penubuhan CSM sebanyak 14 produk berasaskan susu kambing dengan pelbagai perisa seperti asli, campuran coklat, madu, kurma, halia, spirulina, habbatus sauda, manna dan malt telah dihasilkan menggunakan jenama Tok’ Ali.

Lebih membanggakan apabila CSM merupakan satu-satunya syarikat yang berjaya menghasilkan pelbagai perisa berasaskan susu kambing.

Menurutnya, produk susu kambing halia adalah antara produk hasil CSM yang mendapat sambutan hangat kerana campuran tersebut ialah yang pertama dihasilkan dengan campuran susu kambing di pasaran.

Yaakop berkata, semua produknya mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (MeSTI) selain sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dahulu Pendiam, Kini Usahawan CSM Berbisa

Menyingkap kembali kisah mengenai perkembangan perniagaannya itu, Yaakob berkata dia terpaksa menggunakan wang persaraannya untuk membeli mesin bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Pada 2013, saya beli dua buah mesin yang masing-masing berharga RM60,000 dan RM150,000 untuk melicinkan pengeluaran produk.

“Tetapi ia juga tidak dapat menampung pengeluaran produk yang semakin hari mendapat sambutan,” katanya.

Jelasnya, sebuah kilang baru sedang dalam pembinaan di Mantin, Negeri Sembilan yang lebih luas dan besar untuk menampung permintaan dan jumlah mesin yang kian bertambah.

Menurutnya, kos pembinaan dan peralatan yang melebihi RM5 juta itu dijangka siap pada awal tahun 2018.

Yaakop berkata, kilang baru berkenaan mampu mengeluarkan 40 ribu sehari atau 120 juta kotak dan sekaligus kuantiti itu dapat menampung permintaan pasaran seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak serta Brunei.

Syarikat CSM yang diusahakan bersama isteri, Rohaya Mukri, 58, dan dua anaknya iaitu Nur Athirah, 30 dan Muhammad Aizat, 26 serta 40 kakitangan itu terus mengorak langkah kejayaan dengan melahirkan usahawan baru melalui program Original Equipment Manufacturer (OEM).

Peluang tersebut dibuka kepada usahawan yang berminat untuk mengeluarkan produk berasaskan susu kambing menggunakan jenama sendiri selain bertindak sebagai pengedar.

“Kami akan beri bimbingan dan berkongsi kejayaan kepada usahawan yang berminat menjadi pengedar, stokis atau peruncit biasa,” katanya yang kini mempunyai 70 syarikat OEM di bawah CSM.

Jelasnya, produk yang dihasilkan kilang mereka sering mendapat permintaan orang ramai dan pengedar kerana ia menepati citarasa pengguna.

Bercerita mengenai cabaran ketika teribat dalam pernigaan ini, Yaakop berkata dia perlu bersaing dengan produk berasaskan susu kambing lain dan perlu menyakinkan pengguna untuk memiliki produk keluarannya.

Bagi mereka yang ingin menjadi pengedar dan mahu menjadi usahawan produk susu kambing boleh layari laman web www.csm2u.com.my atau laman sosial Facebook: Tok’ Ali Susu Kambing dan Instagram: tokalisusukambing_hq atau terus hubungi talian 019-229 3025 untuk mendapatkan maklumat lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Loading...