SATU PERUBAHAN

Zairil Khir Johari

DAP Minta Derma RM10 Seorang Untuk Guan Eng

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – DAP Pulau Pinang hari ini merayu kepada rakyat Malaysia supaya menderma RM10 seorang kepada Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan tuduhan rasuah di mahkamah.

Naib Pengerusinya Zairil Khir Johari mendakwa parti DAP dan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mampu menampung wang ikat jamin RM1 juta.

“DAP Pulau Pinang menerima banyak permohonan daripada rakyat yang mahu menyumbang wang bagi membayar ikat jamin. Kepada seluruh rakyat yang mahu membantu, kami menggalakkan anda menderma RM10 seorang kepada DAP Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah bertegas beliau masih Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Beliau yang berusia 56 tahun didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top