Demo Haram #Tangkap MO1 Aib Besar Cuma 1,000 Hadir

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan mahasiswa propembangkang menganjurkan perhimpunan haram #Tangkap MO1 berakhir dengan sia-sia selepas gagal mencapai sasaran kehadiran peserta sebanyak 10,000 orang.

Ini berikutan, himpunan tanpa permit yang berlangsung pukul 2 petang di Dataran Merdeka itu hanya mampu menarik 1,000 peserta sahaja, amat jauh daripada target ditetapkan malah lebih kecil berbanding Bersih 4.0 pada tahun lalu dengan 20,000 peserta.

Kebanyakan peserta dilihat berpakaian tema hitam dan putih, selaras dengan konsep perhimpunan #Tangkap MO1 yang telah diuar-uarkan secara luas menerusi media sosial tempatan dan antarabangsa demi memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Ada antara peserta dilihat biadap membawa struktur seperti sangkar, gambar nyamuk, karikatur badut mirip Perdana Menteri, patung mirip hartawan Jho Low, anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz dan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Demo Haram #Tangkap MO1 Aib Besar Cuma 1,000 Hadir

Demo Haram #Tangkap MO1 Aib Besar Cuma 1,000 Hadir

Demo Haram #Tangkap MO1 Aib Besar Cuma 1,000 Hadir

Antara wajah-wajah yang ditemui dalam himpunan itu ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah; aktivis belia, Adam Adli; Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Samad; Pemuda Parti Sosialis Malaysia, Khalid Mohd Ismath dan Sasterawan Negara, A. Samad Said

Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan hanya mahasiswa antikerajaan mengadakan himpunan ini jelas ‘satu pembohongan’ kerana kebanyakan peserta adalah penyokong pembangkang dan bukan daripada golongan mahasiswa.

Demo Haram #Tangkap MO1 Aib Besar Cuma 1,000 Hadir

Demo Haram #Tangkap MO1 Aib Besar Cuma 1,000 Hadir

Demo Haram #Tangkap MO1 Aib Besar Cuma 1,000 Hadir

Lebih lucu, bilangan para petugas media dan pihak berkuasa pula kelihatan lebih ramai daripada peserta. Dek kerana sambutan menyedihkan itu, laungan ‘Hidup Rakyat’ dari trak pikap penganjur juga disambut ‘longlai’ oleh beberapa peserta.

Difahamkan, tiada tangkapan oleh pihak polis dibuat setakat ini dan perhimpunan jalanan cacamarba itu berakhir sebelum jam 5 petang apabila mereka mula bersurai setelah bosan penat berjemur panas selain letih menjerit macam orang gila.

Himpunan ini dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa bagi mendesak pihak berkuasa menahan individu misteri Malaysian Official 1 (MO1) yang dinamakan dalam saman sivil bagi menyita harta berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC

Loading...