Diana Amir Selamat Bersalin Anak Kedua

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara Diana Amir yang baharu sahaja selamat melahirkan anak kedua, pagi semalam.

Berita gembira tersebut malah dikongsikan sendiri oleh Diana menerusi laman Instagramnya.

Diana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara normal di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 5.55 pagi.

Dalam perkongsian itu, Diana, 30, atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim turut meluahkan perasaan syukurnya atas kurniaan tersebut.

β€œTaknak cerita sakit bersalin macam mana, yang penting baby sihat dan Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan ini! Husband and I am very happy and grateful! Babykhawlah tolong jaga adik ya hahaha. I love you both.” tulisnya.

Rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga Diana.

Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015. – MYNEWSHUB.CC

Loading...