Dulu Lain, Kini RoS Tiba-Tiba Batal Bubar PPBM

MUJUR… Mungkin inilah dikatakan tuah nasib selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu ekoran menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 minggu lalu.

Tidak sampai 24 jam PH diiktiraf sebagai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai organisasi sah, hari ini tiba-tiba ia sendiri membatalkan arahan pembubaran sementara terhadap PPBM iaitu komponen blok tersebut.

Umum maklum, ROS sebelum ini pernah mengeluarkan arahan berkenaan mengikut Seksyen 14 (6) Akta  Pertubuhan 1966 pada 5 April lalu susulan kegagalan kepimpinan PPBM mengikut perlembagaan partinya sendiri.

Ini termasuk PPBM pernah mengadakan Persidangan Kebangsaan walhal tiada mesyuarat agung tahun peringkat cawangan dan bahagian selain aduan ahli yang bangkit mengadakan demonstrasi aman di luar pejabat ROS.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah melihat pertimbangan ke atas maklumat-maklumat yang dikemukakan PPBM dan diterima oleh ROS.

“Dengan penyelesaian isu itu permohonan pendaftaran Pakatan Harapan juga telah diberikan kelulusan selaras Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966. Oleh demikian, PPBM dan Pakatan Harapan boleh menjalankan aktivitinya.

“Ini selaras dengan objektif dan perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut kehendak Akta 335,” kata Alwi dalam satu kenyataan media di Putrajaya pada hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Loading...