Erin Malek Sahkan Hamil Anak Kedua Perempuan

TAHNIAH diucapkan kepada Erin Malek yang kini disahkan sedang hamil cahaya mata kedua.

Berita gembira itu dikongsi oleh Erin sendiri menerusi laman Instagramnya, semalam.

Erin berkongsi berita itu ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Mohamed Faliq yang kini genap berusia setahun.

Dalam posting itu, Erin turut mendedahkan dia kini sedang hamil anak perempuan.

Sementara itu, rata-rata peminat dilihat teruja selain memberi ucapan tahniah kepada selebriti itu.

Sebelum ini, Erin pernah keguguran anak iaitu kembar kepada Faliq semasa kandungannya mencecah usia 16 minggu kehamilan.

Kita doakan, semoga Erin lebih berhati-hati menjaga kandungan dan dirinya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...