Straight To the Point

Faye ‘Buka Mulut’, Jelas Perihal Duit Raya Anak Elly

in Artis/Utama & Sensasi

KECOH di media sosial mengenai penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suami, Azmi Hatta berhubung perihal perbelanjaan persiapan raya anaknya, Putri Sara Sefhia.

Susulan perkara itu, Faye Kusairi yang juga isteri kepada Azmi nampaknya sekali lagi telah tampil membuka mulut untuk menjelaskan berhubung isu tersebut.

Baca: Elly Tuntut Wang Belanja Persiapan Raya Sefhia

Memetik mStar Online, Faye berkata, suaminya tidak teragak-agak untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak yang lain jika mereka hidup dalam keadaan mewah seperti yang diperkatakan.



Ujar Faye lagi, tindakan pihak ‘tertentu’ yang terus menghentam suaminya itu sedikit sebanyak telah menjejaskan kerjaya lelaki terbabit sebagai seorang pengarah.

“Kalau hidup mewah nanti Insya-Allah lagi mudah urusan suami nak bayar segala apa yang patut tanpa sekatan. Anak-anak Kak Yanti dan Elly Mazlein semua dapat secara adilnya.

“Ini cerita kalau dah mewahlah. Kalau hentam kiri kanan atas bawah, macam mana orang tu nak dapat job, nak bayar duit itu ini. Logiklah kan? Jadi paham-paham sendiri jelah ya,” ujar Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi.

Sementara itu, bagi membalas komen netizen yang mempersoal berhubung hal tersebut, Faye memberitahu Azmi tidak pernah kedekut dengan anak-anaknya tetapi membayar nafkah mengikut kemampuan.

Tambah pelakon wanita itu lagi, dia juga tidak bergantung seratus peratus terhadap suaminya ekoran mempunyai sumber pendapatan sendiri.

“Kalau kami ni hidup mewah, tiada masalah nak bayar berapa banyak sekali pun. Suami saya tidak pernah kedekut dengan anak-anak. Setakat ini dia cuma bayar ikut kemampuan dia. Sikit atau banyak dia tetap akan cuba bayar,” katanya.

Apapun, Faye berharap agar kemelut yang melanda suami dan bekas isterinya itu menemui jalan penyelesaian yang baik dan diselesaikan secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top