TMJ Sambut Ulang Tahun Ke-32 Dengan Kek Minion

SELAMAT ulang tahun diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang baru sahaja menyambut ulang tahun keputeraanya yang ke-32 tahun, semalam.

Susulan itu satu sambutan meraikan hari keputeraan baginda telah diadakan secara ringkas namun meriah di Istana Bukit Pelangi, Johor.

Beberapa kek kelihatan menghiasi majlis, antara yang paling mendapat perhatian adalah kek Minion tertera nama ‘Teak’ dipercayai nama panggilan TMJ.

TMJ Sambut Ulang Tahun Ke-32 Dengan Kek Minion

Bonda TMJ permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah bersama kerabat baginda yang lain turut serta meraikan hari bermakna tersebut.

Rakan-rakan, kakitangan serta pekerja istana turut hadir memberikan kejutan kepada pewaris takhta Johor itu.

TMJ Sambut Ulang Tahun Ke-32 Dengan Kek Minion

TMJ Sambut Ulang Tahun Ke-32 Dengan Kek Minion

TMJ Sambut Ulang Tahun Ke-32 Dengan Kek Minion

Dalam pada itu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak ketinggalan mencoretkan ucapan penuh syahdu buat anakanda sulung baginda itu menerusi laman Facebook rasminya.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada anakanda saya. Tunku Mahkota Johor telah diputerakan pada Hari Raya pertama (1 Shawal) pada tahun 1984.

“Walaupun saya sungguh ingin berada disisi isteri saya yang ketika itu di hospital, tanggungjawab dan tradisi menuntut kehadiran saya untuk berada disamping Almarhum ayahanda saya, serta ahli keluarga DiRaja Johor yang lain, dalam menerima kunjungan para kenamaan dan tetamu-tetamu. Dalam menepati tradisi, ia juga bermakna saya perlu menziarahi ahli-ahli keluarga yang lebih berusia daripada saya di istana mereka.

“Saya sedang menziarahi bonda saudara saya, Yang Amat Mulia Almarhumah Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail, ketika menerima perkhabaran yang sungguh menggembirakan : isteri saya telah melahirkan seorang putera yang sihat dengan selamat.

“Masih kekal jelas di ingatan saya bagaimana saya dan bonda saudara saya menitiskan air mata gembira bersama-sama ketika itu.

“Sejak hari itu, saya menyaksikan dengan penuh kegembiraan, bagaimana putera saya membesar daripada seorang kanak-kanak yang gemar bergurau, nakal dan petah, menjadi seorang teruna yang berkhidmat buat beberapa tahun di India sebagai seorang pegawai di Unit 61 Cavalry, Tentera Darat India setelah menamatkan latihan ketenteraannya di Akademi Tentera India di Dehradun; kemudiannya menggalas tanggungjawab sebagai Tunku Mahkota, sebelum mendirikan rumahtangga, dan kini telah dikurniakan seorang puteri,” tulisnya.

TMJ Sambut Ulang Tahun Ke-32 Dengan Kek Minion

Sultan Ibrahim turut mendoakan agar anakandanya itu diberkati dengan usia yang panjang, diberikan kesihatan, kebahagian dan kejayaan dalam hidupnya.

‪Sementara itu, rata-rata rakyat dilihat meninggalkan ucapan selamat hari jadi kepada TMJ dan berharap baginda terus sukses dalam hidupnya.

TMJ dilahirkan pada tanggal 30 Jun 1984. – MYNEWSHUB.CC

Loading...