Gempar Bangunan KWSP Petaling Jaya Terbakar

RIBUAN pengguna kenderaan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor gempar apabila dapat menyaksikan kebakaran memusnahkan bangunan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Namun berdasarkan kepada laporan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) setakat ini, hanya 40 peratus bangunan tersebut yang terjejas dalam kebakaran pejabat setinggi enam tingkat berkenaan.

Sejumlah 39 anggota JBPM dari balai Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang digerakkan ke lokasi kejadian pada 11.58 pagi sejurus selepas mendapat panggilan tentang insiden tersebut lima minit sebelum itu.

Setakat ini, punca sebenar insiden tersebut masih belum dikenal pasti namun info awal yang diterima melalui pihak KWSP mengatakan kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba.

Menurut sumber Astro Awani, kesemua kakitangan di bangunan tersebut selamat.

Sumber turut mengesahkan bahawa satu kenyataan daripada pihak KWSP akan dikeluarkan sebentar lagi.

Gambar serta video kebakaran tersebut mula tersebar di media sosial sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Melalui satu perkongsian oleh pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama Balthazar mensaihatkan orang ramai untuk menjauhi kawasan kejadian tersebut bimbang api serta serpihan bangunan tersebut membahayakan orang ramai.

Kebakaran tersebut telah menyebabkan jalan raya sekitar Lebuhraya Persekutuan, Jalan Gasing serta Jalan Syed Putra sesak teruk. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Loading...