Guru Bercengkerama Dengan Pelajar Ditembak Mati

SEORANG guru yang digantung tugas selepas ditemui sedang bercengkerama dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun pada 2016, telah ditembak mati, di depan rumah keluarganya.

Rachael DelTondo, 32, dari Pennsylvania, ditembak ketika baru pulang dari membeli aiskrim.

“Saya dengar enam das tembakan,’’ kata jirannya, Fred Poore.

Kejadian yang menimpa Rachael itu berlaku selepas enam bulan dia digantung tugas.

Pada Oktober 2017, pihak sekolah dan media menerima emel daripada orang tidak dikenali yang mendedahkan mengenai kejadian pada 2016 lalu di mana Rachel ditemui dalam keadaan tidak senonoh dengan pelajarnya oleh polis.

Ketika itu, polis sedang menjalankan rondaan dan ternampak perbuatan mereka di dalam sebuah kereta yang diletakkan di parkir Hospital Aliquippa.

Namun tiada tuduhan dikenakan terhadap Rachael.

Susulan kes itu juga, Rachael terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya. Polis kini sedang menyiasat pembunuhan terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Loading...