Hafiz Suip Kini Sah Bergelar Suami Nureffy

DENGAN sekali lafaz juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz Suip kini sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Nureffy Jasreel Abdullah, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Pasangan sama cantik, sama padan ini dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Fauzi dengan mas kahwin RM120.

Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung secara tertutup di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang, Jaya, Kuching, Sarawak.

suibfiz1.transformed suibfiz2.transformed

Pasangan ini mengenakan busana berwana merah jambu untuk hari bahagia mereka.

Rakan artis yang rapat dengan Hafiz turut hadir pada majlis itu antaranya Akim Ahmad dan beberapa selebriti lain lagi.

Hafiz dan Nureffy mengikat tali pertunangan pada Februari 2015 setelah menjalinkan perkenalan lima tahun lalu sebelum Hafiz bergelar penyanyi. – MYNEWSHUB.CC

Loading...