SATU PERUBAHAN

Isu Terowong: Lim Hock Seng, P.Ramasamy Dipanggil SPRM

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan 2 exco tertinggi Pulau Pinang akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion.

“Setakat ini, kita panggil seorang exco hari ini dan seorang lagi exco akan dipanggil esok bagi membantu siasatan.

“Isu ini sangat teknikal untuk diselesaikan dan pasukan siasatan kita sedang siasat,” kata Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki semasa ditemui pihak media.

Dua exco terbabit ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pulau Pinang, Lim Hock Seng dan Timbalan Ketua Menteri II, P.Ramasamy.

Tambah Azam, pasukan penyiasat sudah mengambil keterangan sekurang-kurangnya 100 saksi setakat ini bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Tangkapan terakhir membabitkan ketua eksekutif dan seorang perunding kejuruteraan yang dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu.

Ia bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta. Lima yang ditahan itu kemudiannya dibebaskan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan 3 jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. yang dijadualkan bermula 2023.

Projek itu adalah sebahagian Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top