JAIS Mahu Isu Politik Tidak Sentuh Di Masjid, Surau

SEMUA masjid dan surau di Selangor diarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar tidak menyentuh isu-isu sensitif politik dan menyinggung mana-mana pihak.

Pengarahnya, Datuk Haris Kasim yang turut mengingatkan agar aktiviti tazkirah yang diadakan sepanjang bulan Ramadan itu tidak dijadikan ceramah politik sebagai topik.

“Semua aktiviti tazkirah hendaklah dibuat selepas selesai solat tawarih dan witir. Tazkirah pula tidak disampaikan dalam tempoh yang lama melebihi 20 minit,” katanya pada akhbar tempatan.

JAIS halang isu sensitif politik disampaikan dalam masjid dan surau.

Beliau berharap medium tazkirah yang digunakan akan dapat menambah pengetahuan berkenaan agama selain mengeratkan lagi perpaduan di kalangan umat Islam.

Tambahnya lagi, JAIS memutuskan semua masjid dan surau di Selangor elakkan melantik imam-imam dari luar negara sebaliknya melantik pelajar-pelajar atau lulusan tahfiz dari dalam negara sebagai imam solat terawih.

Dalam perkembangan lain, pemberian insentif sebanyak RM1.6 juta daripada kerajaan negeri untuk program menyemarakkan masjid serta surau di negeri ini sepanjang bulan Ramadan akan diberikan.

Usaha itu turut dikembangkan lagi dengan tambahan RM2 juta sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membiayai lantikan 1,000 imam tahfiz.

Mereka akan bertugas semasa solat sunat terawih di 1,000 buah surau terpilih di seluruh Selangor. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Loading...