Jangan Sokong Pihak Mahu Halau Dr. Zakir

KUALA LUMPUR – Umat Islam jangan bersekongkol dengan pihak yang menuntut kerajaan Malaysia menghantar pendakwah Islam terkemuka Dr. Zakir Naik untuk dikorbankan di India.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam negara ini perlu menyedari perbuatan pelampau Hindu yang kejam dan menjijikkan keatas umat Islam di India.

Beliau memberi contoh insiden kanak-kanak muslim dirogol dalam kuil selama lapan hari, namun mereka bersatu mempertahankan jenayah itu atas nama agama Hindu.

“Muslim di India disembelih dengan kejam saban hari. Malangnya, di sini pula ada yang bersekongkol menuntut kerajaan Malaysia menghantar pendakwah muslim (Dr. Zakir) untuk di’korban’kan.

“Padahal dunia antarabangsa telah menafikan tuduhan itu. Jangan sampai mana-mana insan yang waras apatah lagi muslim bersekongkol dengan kelompok yang seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelompok yang beliau maksudkan dipercayai adalah pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan aktivis pro-Pakatan Harapan kerana memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana didakwa melindungi Dr. Zakir.

Hindraf dan aktivis pembangkang yang diketuai peguam Siti Kassim itu turut menuntut kerajaan Malaysia menahan dan menangkap Dr. Zakir kerana datang ke negara ini.

Hindraf bagaimanapun diumumkan sebagai sebagai rakan strategi Pakatan Harapan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Kehadiran Dr. Zakir di Malaysia turut mendapat kecaman Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy yang menggelarnya sebagai ‘setan’.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Loading...