Jho Low Sedia Jumpa Penyiasat 1MDB Di Dubai

SEDIA… Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low sedia bertemu pasukan petugas penyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Menurut laporan sebuah portal yang memetik sumber kerajaan, sebelum pertemuan itu, beberapa peguam Jho Low juga dijangka bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bandar raya tersebut.

Ini bagi membincangkan pelbagai perkara berhubung siasatan yang boleh dibantu oleh anak guam mereka itu yang didakwa banyak pihak sudah pun membuat penampilan dirinya secara terbuka di sekitar Dubai.

Laporan itu turut mendakwa, peguam Jho Low telah mengesahkan bahawa perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia sudah bermula, namun sumber tersebut enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya.

Menurut laporan itu lagi, pihak berkuasa Malaysia yakin ahli perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang itu boleh membantu dalam usaha mendapatkan semula dana atau aset yang kononnya dibeli dengan dana 1MDB.

Laporan berkenaan turut menjelaskan bahawa pasukan petugas yang menyiasat kes 1MDB percaya bahawa beliau boleh mengesan aset-aset lain termasuk barangan kemas mewah yang konon mungkin disembunyikan.

Baca: Bukti 7 Fakta Jho Low Tiada Kaitan Pun Dengan 1MDB

Sebelum ini, memetik laporan portal berita perniagaan Bloomberg pada 7 Jun lalu, Jho Low telah pun menyatakan kesediaannya untuk membantu siasatan berhubung skandal 1MDB selepas dipanggil oleh pihak SPRM.

Jho Low dikatakan sudah pun mengarahkan pe­guamnya untuk segera menghubungi SPRM selepas dimaklumkan bahawa suruhanjaya berkenaan ada mencari dirinya di merata tempat bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pentadbiran kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan siasatan terhadap 1MDB sebagai keutamaan besar untuk mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir baru-baru ini juga berkata, kerajaan Pakatan Harapan kononnya tahu di mana lokasi Jho Low berlindung namun sukar untuk menangkapnya dan memerlukan banyak bukti sebelum boleh dibawa ke mahkamah.

Kenyataan pelik itu sekali gus mencetuskan bahan jenaka kerana selama ini beliau mendakwa sudah ada banyak bukti sejak tahun 2015 untuk mendakwa Najib tetapi kini berdalih dengan memberi pelbagai alasan bodoh.

Ramai penganalisis politik antarabangsa percaya helah aneh Mahathir itu terpaksa dibuat untuk mengalih perhatian rakyat yang marah persoal 10 janji 100 hari masih gagal ditunaikan beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...