Straight To the Point

Jong-Un - Trump

Jong-un Pelawa Donald Trump Lawat Pyongyang

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mempelawa Presiden Donald Trump mengunjungi Pyongyang pada pertemuan bersejarah mereka di Singapura, semalam.

Pada masa sama, agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA melaporkan bahawa Jong-un turut menyatakan kesediaannya untuk melawat Amerika Syarikat (AS) buat julung kali.

“Jong-un menjemput Trump untuk datang ke Pyongyang pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai, manakala Trump pula mempelawa Jong-un untuk melawat AS.



“Kedua-dua pemimpin dengan gembira menerima jemputan itu, malah yakin ia bakal menjadi satu lagi peristiwa penting bagi perbaiki lagi hubungan antara Korea Utara dan AS,” kata KCNA.

Selain itu, KCNA melaporkan bahawa mesyuarat antara Jong-un dan Trump semalam, menandakan wujudnya ‘perubahan radikal’ dalam hubungan antara kedua-dua negara terbabit.

Dalam laporan pertamanya mengenai sidang kemuncak itu, KCNA berkata, hubungan suram berkenaan sudah berlanjutan untuk ‘tempoh yang dianggap paling lama di muka bumi’.

Namun, katanya, mesyuarat pertama antara pemimpin AS dan Korea Utara di Singapura itu dapat bantu perbaiki permusuhan antara mereka. – AFP/BH ONLINE

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top