SATU PERUBAHAN

Julia Roberts

Julia Roberts Berkaki Ayam Ke Festival Filem Cannes

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON gred A Hollywood, Julia Roberts meraih perhatian ramai apabila tampil berkaki ayam ketika berjalan melalui karpet merah pada Festival Filem Cannes ke-69, baru-baru ini.

Pada acara berkenaan Julia kelihatan anggun dengan gaun vintaj berwarna hitam meskipun tidak memakai kasut.

Menurut sumber, biarpun telah melanggar peraturan pemakaian Festival itu, namun disebabkan dia adalah Julia Roberts, hal itu ditutup sebelah mata oleh pihak penganjur.

Julia hadir pada majlis itu ditemani rakan baiknya, George Clooney dan isterinya, Amal Clooney. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top