SATU PERUBAHAN

Jurutera Jepun Bina Robot Gundam 8.5 Meter!

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PERCAYA atau tidak, robot Gundam dalam filem animasi Jepun, Mobile Suit Gundam benar-benar telah wujud apabila seorang jurutera berjaya mencipta sebuah robot gergasi yang mampu bergerak ilham dari animasi tersebut.

Masaaki Nagumo, 44, berjaya merealisasikan impiannya sejak dari zaman kanak-kanak dengan menghasilkan LW-Mononofu merupakan sebuah robot gergasi berukuran 8.5 meter tinggi dengan berat melebihi tujuh tan di kilangan membuat jentera pertanian Sakakibara Kikai baru-baru ini.

LW-Mononofu dilengkapi ruang kokpit bersama monitor dan tuil untuk jurumudi mengawal pergerakan tangan dan kaki robot itu.

Lapor mStar, robot gergasi tersebut mampu dikawal dengan pengerakan kompleks yang berupaya bergerak pada bahagian atas badannya dan berjalan ke hadapan dan ke belakang.

Bagaimanapun tidak mampu berge­rak pantas dan hanya bergerak pada kelajuan kurang 1 kilometer sejam.

Kata Nagumo, dia juga berjaya mencipta bazuka seolah-olah robot tersebut mempunyai senjata yang berbahaya.

“Robot ini mempunyai bazuka di tangan kanannya dan berupaya menembak bebola span pada kelajuan 140 kilometer sejam.

“Sebagai sebuah robot yang boleh ditunggang dan diilhamkan daripada siri kartun animasi, saya rasa ia adalah yang terbesar di dunia,” katanya.

Menurutnya lagi, kejayaan tersebut dapat dimanfaatkan untuk peluang perniagaan dengan menyedari bahawa animasi itu sangat popular sehingga dijadikan filem, komik manga, permainan video dan kini mampu dihasilkan menjadi robot gergasi.

Robot gergasi yang berjaya dicipta telah menunjukkan perubahan teknologi yang canggih kian berkembang pada abad ini. Namun, robot gergasi seperti ini juga perlu dikawal pembuatannya supaya tidak menjadi senjata berbahaya yang boleh mengancam dunia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top