SATU PERUBAHAN

Lawa… Encik Doraemon, Cik Hello Kitty Disatukan!

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SUDAH menjadi lumrah apabila seseorang inginkan sesuatu yang terbaik pada hari perkahwinan untuk dijadikan catatan terindah dalam hidup.

Sehubungan dengan itu, mereka pasti akan bertungkus lumus dan berhempas pulas mencari idea yang kreatif demi memenuhi kepuasan diri sendiri. Lain orang lain pula caranya bukan?

Kalau kebiasaannya sesetengah orang mahu hiasi pelamin dengan kemeriahan bunga-bungaan semata sebagai kenangan namun lain pula cerita buat pasangan, Saiful Nizam Hassa dan Nur Sakeena Kamarol Zaman ini.

Baru-baru ini, kedua-dua pengantin baharu tersebut menjadi bualan hangat netizen apabila gambar majlis perkahwinan mereka tular dan dikongsi ramai menerusi laman Facebook.

  

Majlis pasangan ini menjadi tular berikutan pelamin yang digunakan mengetengahkan tema karakter kartun popular Jepun iaitu Doraemon dan Hello Kitty.

Malah lebih menarik ruang menyambut tetamu, ‘photo booth’ dan barangan hantaran kedua-dua mempelai turut menggunakan eleman kartun yang sama.

Memetik sumber, difahamkan pelamin indah yang turut dihiasi dengan susunan bunga berwarna merah jambu dan ungu itu mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan bernama Seriheza.

Menurut pengantin perempuan, pemilihan pelamin bertemakan kartun itu adalah hasil persetujuan bersama yang mana mereka berkongsi minat sama terhadap karakter tersebut.

“Ramai yang tanya kenapa buat tema Kitty dan Doraemon. Sebab kami ada minat masing-masing. Saya minat Kitty, Saiful Nizam kita suka Doraemon. Jadi tak salahkan kami temakan kittymoon.

“Pada abang Helmi Jebat dan akak Salim Binti Ariza terima kasih sangat-sangat sebab penuhi cita rasa kami bertemakan Hello Kitty dan Doraemon.

“Dekorasi lain daripada yang lain. Walaupun awalnya kami hanya deal dalam WhatsApps sahaja tidak pernah jumpa. Tapi hasilnya sangat meletop!” ujar Nur Sakeena menerusi sebuah entri di Facebook miliknya pada Selalu lalu.

Sementara itu menurut pengantin lelaki pula, Saidul tidak sangka bahawa idea tersebut menjadi tumpuan ramai sehinggakan ada yang tidak sabar untuk bergambar dengan pelamin.

“Sebaik saya turun dari pelamin, ramai yang serbu nak bergambar. Ingatkan nak bergambar dengan kami, rupanya dengan pelamin,” katanya dipetik mStar Online.

Kata Saiful lagi, dia sama sekali tidak kisah dengan hal itu kerana memang tujuan utama pasangan ini adalah ingin menggembirakan para tetamu yang hadir. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top