Straight To the Point

MAHB Bangunkan Terminal Baharu KLIA3

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) merancang membangunkan terminal baharu dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 yang terletak bersebelahan, kini semakin mencapai kapasiti maksimum.

Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata buat masa ini, operator lapangan terbang itu akan meningkatkan operasi pengendalian bagasi dan sistem lain, bagi menampung tiga hingga lima juta penumpang di dua lapangan terbang berkenaan.



“Kami merancang memanggil terminal baharu itu sebagai KLIA3, bersempadan Landasan 3 dan 4. Kami perlu membuat keputusan dan membinanya dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita di luar majlis pecah tanah kemudahan Senior Aerospace UPECA di sini hari ini.

KLIA merekodkan 58.5 juta penumpang pada 2017, meningkat 11.2 peratus berbanding 2016. Terminal Utama KLIA mengendalikan 10.7 peratus lebih penumpang sebanyak 28.2 juta berbanding 2016, manakala klia2 mengendalikan 30.3 juta penumpang, pertumbuhan sebanyak 11.6 peratus berbanding 2016.

Trafik penumpang dilaporkan mengatasi kapasiti KLIA sebanyak lebih dua peratus manakala penggunaan lapangan terbang lain seperti Subang Airport, melebihi 200 peratus. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top