Straight To the Point

Bekalan Beras

Malaysia Tidak Hadapi Masalah Bekalan Beras

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Malaysia tidak mempunyai masalah bekalan beras negara buat masa ini, kata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini.

Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras kementerian itu Shamsuddin Ismail berkata negara mengeluarkan 73 peratus beras tempatan dan selebihnya ditampung dengan import yang dilaksanakan melalui kontrak jangka panjang.

“Bagaimanapun, bagi memastikan sekuriti makanan terjamin, kerajaan sedang meneliti secara holistik berkaitan dengan pengurusan industri padi dan beras negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini merujuk kepada laporan media ‘Pernahkah beras tak cukup’ semalam.



Shamsuddin berkata dalam menyediakan hala tuju yang terbaik, kerajaan akan mendapatkan pandangan daripada Majlis Penasihat Pertanian Negara selain pandangan pihak luar yang terlibat dalam industri juga akan diambil kira.

“Penelitian mendalam perlu dilaksanakan kerana urusan pengimportan beras perlu diuruskan dengan baik bagi memastikan bekalan beras negara tidak terjejas,” katanya.

Shamsuddin berkata hala tuju baharu pengurusan industri padi beras negara juga akan memberi tumpuan khusus terhadap perkara berkaitan pengurusan stok penimbal, pengurusan subsidi dan insentif, urusan pengimportan beras yang sering dibangkitkan, pemutuan dan isu melibatkan kebajikan pesawah. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top