SATU PERUBAHAN

Abdul Baqi

Mata Dikorek Guna Sudu Kerana Ingin Kahwin

in Jenayah/Utama & Sensasi

ISLAMABAD – Gara-gara mahu bernikah dengan gadis pilihannya, seorang lelaki hilang penglihatan selepas matanya dikorek keluar menggunakan sudu oleh bapa dan empat adik beradik lelakinya.

Abdul Baqi, 22, dari perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya.

Namun permintaan itu mencetuskan kemarahan bapanya, Dost Muhammmad, 70, dan empat adik beradik lelakinya iaitu Abdul Ghani, Abdul Sattar, Abdul Rehman dan Abdul Karim.

Mereka didakwa mengurung mangsa di dalam sebuah bilik dan mengorek keluar matanya tanpa belas kasihan.

Malah, semua suspek turut mengurung ibu mangsa di dalam bilik berlainan supaya dia tidak mencampuri urusan tersebut.

“Saya memberitahu bapa dan adik beradik lelaki yang lain bahawa saya mahu bernikah dengan kekasih saya.

“Bapa saya pada awalnya bersetuju. Namun tiga jam kemudian dia bawa saya masuk ke dalam bilik dan empat adik beradik yang lain mengikat saya di atas katil.

“Mereka kemudian mengorek keluar mata saya. Saya menjerit meminta tolong tetapi tidak diendahkan,” kata Bagi.

Meskipun saya merayu supaya perbuatan itu dihentikan, mereka tetap bertindak mengorek keluar sebelah lagi mata saya.

Baqi dikejarkan ke hospital oleh adik beradiknya dengan doktor mengesahkan dia buta seumur hidup.

Polis telah menahan bapa Baqi dan dua adik beradiknya selain memburu dua yang lain yang masih bebas. – mStar Online

Tags:

Terkini dari Jenayah

Go to Top