Mengacara Nona, Jangan Kait Mira Dengan VIP

BAKAL mengacara program Nona, Mira Filzah tidak menganggap peluang itu seperti satu ‘jalan pintas’ baginya untuk meraih cinta golongan atasan.

Bagi pelakon dan pengacara serba boleh, Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, peluang yang diberikan itu merupakan satu batu loncatan baginya mengembangkan bakat dalam bidang pengacaraan yang baru diceburinya itu.

“Mungkin ada orang selalu fikir apabila jadi pengacara Nona mesti kena ada hubungan dengan VIP. Tapi saya tak terfikir langsung tentang hal itu.

“Cumanya, nak cakap lebih pun tak boleh sebab soal jodoh kita tak tahu, andai kata tertulis begitu, saya tak boleh nak tolak kerana ia sudah tertulis,” kata Mira dipetik daripada mStar Online.

Sebelum ini, Mira mula dikenali apabial menjadi pengacara bagi program Qari Junior 2015 dan seterusnya diberi kepercayaan untuk mengendalikan program perkahwinan, Mahligai Cinta.

Mira juga mengakui bahawa dia tidak begitu berbakat dalam pengacaraan tetapi tetap bersedia dalam memperbaiki dirinya menjadi seorang pengacara yang berbakat.

“Apa yang boleh saya kata, pembabitan saya dalam program ini bukan berniat untuk memburu lelaki kaya atau VIP.

“Apa yang saya minta adalah ruang untuk saya memperbaiki dan belajar. Semua orang ada saat pertama kali mereka, semua orang pernah rasa gugup itu macam mana,” tambahnya lagi dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Bagi tahun 2018, Mira bakal mengacarakan program Nona 2018 sepanjang tahun hadapan yang merupakan terbitan TV3.

Secara langsung Mira bakal menggantikan pengacara Uyaina Arshad yang sebelum menjadi pengacara Nona dan dikenali menerusi program Pencarian Nona Manis.

Sebagai pengacar baru, gadis kelahiran Ipoh, Perak itu juga telah bersedia untuk menerima sebarang kritikan dan kecaman daripada netizen bila pertama kali mengendalikan program tersebut.

“Saya dah besedia dengan kritikan penonton, maklumlah apa sahaja kita lakukan pasti ada yang tak kena di mata mereka.

“Bukan soal mengacara sahaja, malah, hal pakaian, kehidupan dan segalanya pasti ada yang nak kecam,” ujarnya lagi.

Akui turut menjadikan pengacara yang sbeelum ini sebagai rujukan dan inspirasi bagi mengetahui gaya penyampaian program berkenaan.

Selain Uyaina, antara bekas pengacara Nona ialah oleh Puan Sri Normala Samsudin, Maya Karin, Nurul Syuhada Nurul Ain, Fiza Sabjahan, Neelofa dan Fara Fauzana.

“Oleh kerana konsep program ini lebih berilmiah dan berilmu, saya akui ada tonton beberapa episod dan belajar cara pengacaraan daripada mereka.

“Namun, saya akan mengendalikan mengikut cara dan rentak saya sendiri. Insya-Allah moga semuanya dipermudahkan kelak,” tambahnya lagi.

Semoga berjaya diucapkan kepada Mira yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan.

Kata orang, Mira ni dah lengkap semuanya. Cantik, bijak dan berbakat. Diharapkan dia akan menjadi contoh kepada golongan muda diluar sana. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...