Straight To the Point

Johor Sedia Bangun Kawasan Laluan Projek HSR

Najib Sindir Mahathir, Kos HSR Bukan RM110 Bilion

in Politik/Utama & Sensasi

ALAHAI… Sebelum ini rakyat Malaysia pernah gempar apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan kos projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sebanyak RM66 bilion.

Ia naik mendadak berbanding cuma RM55 bilion sebelum itu walhal beberapa tokoh PH dengan angkuh mendakwa konon kos projek rel mega tersebut boleh kurang separuh sahaja jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU).

Mujur projek prasarana itu diteruskan namun semalam warga Malaysia sekali lagi apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memansuhkan pula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).



Beliau mendakwa kononnya kos bagi projek itu adalah kira-kira RM110 bilion sebagai alasan utama demi membantu negara untuk kurang hutang kerajaan yang didakwa mencecah RM1 trilion diwarisi daripada Barisan Nasional (BN).

Terperanjat dengan dakwaan liar itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan dalam akaun Facebooknya menjelaskan kos projek tersebut adalah RM72 bilion dan bukan angka diumumkan Mahathir.

Malahan kos berkenaan diunjurkan sendiri oleh panel Jawatankuasa Bersama Malaysia–Singapura sehingga awal tahun ini dengan meliputi urusan pengambilan tanah yang perlu dibayar kepada rakyat Malaysia sendiri.

Kata Najib yang juga mantan menteri kewangan, unjuran kos berkenaan turut berasaskan kepada penilaian pihak bebas antarabangsa yang dilakukan secara telus dan dikemukakan sebelum ini untuk rujukan panel tersebut.

Kos sebenar ujarnya hanya diketahui apabila tender penuh bagi reka bentuk, bina, pembiayaan dan selenggara kesemua stok guling (rolling stock) dan aset kereta api HSR, yang dijangka ditutup pada 28 Disember depan.

“Justeru, kerajaan PH seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka peroleh angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagai mana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’

“Saya juga terkejut dengan kenyataan Mahathir yang menyatakan konon Malaysia tidak dapat pulangan sesen pun daripada HSR. Realitinya, projek infrastruktur sebegini membawa manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah.

“Juga pulangan berbentuk kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang kerja pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura dan pelancongan,” kata Najib dalam laman sosial itu.

Mahathir pada sidang media pasca-Kabinet di Putrajaya semalam mengumumkan projek HSR dibatalkan selain menyifatkan ia tidak efisien untuk diteruskan kerana konon hanya membuka kira-kira 100,000 peluang pekerjaan.

Kerajaan PH juga dijangka perlu membayar pampasan kira-kira RM500 juta ekoran pembatalan projek tersebut kepada Singapura yang turut terkejut dengan tindakan pelik oleh Mahathir itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...
Tags:

Terkini dari Politik

Go to Top