SATU PERUBAHAN

Napsiah Pejuang UMNO, Tokoh Melayu Terbilang

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar yang meninggal dunia petang tadi.

Najib, dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini, menyifatkan Napsiah sebagai seorang pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Napsiah, 74, meninggal dunia pada 6.10 petang di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya, dekat sini akibat barah hati.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor esok. – BERNAMA

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top