“Netizen Suka Tuduh Melulu, Jangan Jadi Kurang Ajar”

SEBAGAI seorang adik, penyanyi Anuar Zain sememangnya menyebelahi kakaknya, Ziana Zain berkenaan isu penceraian beberapa hari lalu.

BACA: Keputusan Cerai Ziana Zain, Armin 28 Jun Depan

JUGA: Apa Jua Keputusan, Anuar Zain Tetap Sokong Ziana

Malah, pelantun lagu Sedetik Lebih itu turut berharap agar netizen tidak menulis apa-apa perkara negatif berkaitan isu berkenaan dan mmebuat sebarang spekulasi yang tidak masuk akal.

Bagaimanapun, Anuar menganggap segelintir netizen yang sesuka hati menulis perkara negatif itu sebagai mereka yang kurang ajar.

“Netizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.

“Kalau boleh, hormatlah kakak saya dan situasi yang terpaksa dihadapinya sekarang,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.

Usia perkahwinan yang sudah mencapai 20 tahun itu membuatakn Anuar berasa kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh kakaknya itu.

Dalam masa yang sama, dia turut meyifatkan kakaknya itu sebagai seorang wanita yang setia dan anak-anaknya turut rapat dengan dirinya kerana sifat penyayang yang dimiliki.

“Kakak saya seorang wanita yang setia. Saya kenal hati budinya. Anak-anaknya pun lagi rapat dengan kakak kerana dia penyayang.

“Kalau marah, ada jugalah sikit tetapi, tidaklah sehingga menakutkan anak-anak. Sesibuk mana pun kakak saya bekerja, dia tetap akan beri perhatian kepada anak-anaknya,” tambahnya lagi.

Anuar turut menemani Ziana semalam di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi sebutan kes penceraian bersama suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri selepas memfailkan penceraian pada 3 April lalu. –MYNEWSHUB.CC

Loading...