Netizen Tegur Fesyen Pelik Joy Macam Rambut Terkeluar

SEBELUM ini nama usahawan kosmetik Joy Revfa menjadi bualan hangat netizen disebabkan isu penceraiannya dengan penyanyi Hafiz Hamidun.

Tetapi kali ini lain pula kontroversi yang melanda ibu tunggal tersebut.

Ahad lalu, Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy telah menghadiri majlis Mood Republik Awards & Gala Night di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah fesyen tudung yang digayakan oleh usahawan terkenal itu.

Masakan tidak, dia telah menggayakan fesyen tudung ala-ala dandanan rambut di dahinya yang dikira sebagai fesyen luar biasa bagi sesetengah netizen.

Ramai netizen turut mempersoalkan gaya tudungnya itu kerana ia bagaikan tidak kena untuk digayakan oleh seorang wanita yang bertudung apatah lagi akan membuka ruang untuk difitnah.

Dalam masa yang sama, Joy turut memuat naik beberapa keping gambarnya ketika majlis menghargai usahawan-usahawan elit dan berjaya itu.

Namun setiap postingnya ketika majlis itu, dia telah menutup ruangan komen berkemungkinan kerana tidak mahu dikritik disebabkan imej peliknya itu.

FESYEN YANG DIKENAKAN OLEH JOY KETIKA PROSES PENGHASILAN PRODUK BAHARUNYA TAHUN LALU.

Selain itu, ramai netizen turut menasihati Joy supaya berpada-pada jika ingin berfesyen agar tidak melanggar batas syariah yang ditetapkan.

Lebih-lebih lagi dia merupakan wanita berhijab, jadi seharusnya banyak perkara perlu dititikberatkan termasuklah soal fesyen yang dibawa supaya tidak mendatangkan fitnah kepada yang melihat.

Selain Joy, terdapat beberapa lagi usahawan dan selebriti terkenal yang turut hadir iaitu Datuk Vida, Fattah Amin, Nur Fazura, Emma Maembong, Nur Sajat dan ramai lagi.

Majlis itu turut dipanaskan lagi dengan persembahan luar biasa oleh usahawan kosmetik terkenal yang penuh dengan kontroversi, iaitu Nur Sajat Kamaruzzaman. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...