SATU PERUBAHAN

Noh Puji Kugiran Masdo ‘Hadir’ Pada Masa Betul

in Artis/Utama & Sensasi

DENGAN lambakan penyanyi baharu kini, bukanlah sesuatu yang mudah untuk bakat mereka mendapat pujian menggunung daripada penyanyi senior.

Lagi pula industri muzik kita pada masa kini dilihat agak kekurangan dengan kemunculan band genre indie baharu.

Namun, ‘kelahiran’ semula kumpulan Kugiran Masdo sekitar tahun 2015 yang lalu telah mendapat pujian daripada Noh Salleh yang juga merupakan ahli kumpulan Hujan.

“Kebetulan mereka adalah ‘serpihan’ daripada kumpulan Hujan. Namun, saya sokong mereka bukan disebabkan itu atau mereka kawan-kawan saya.

“Hakikatnya, mereka berbakat besar. Saya beli album mereka kerana lagu yang dihasilkan cepat ‘menangkap’ perhatian dan mudah dinyanyikan,” katanya dipetik daripda BH Online.

Bagi Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 33, Kugiran Masdo mempunyai satu aura dalam dri mereka dan turut berbakat dalam bidang muzik.

Sebelum ini, nama kumpulan Kugiran Masdo dikenali sebagai The Lipstik namun pada tahun 2015, mereka telah merombak ahli kumpulan dan seterusnya mengambil keputusan untuk menukar nama.

Kini, Kugiran Masdo dianggotai oleh Ali Sariah, vokalis, Putuceri, Asmawi dan Azham Ahmad.

Azham merupakan bekas anggota kumpulan Hujan yang mana dia pernah bermain dram bagi kumpulan berkenaan dan Putuceri juga pernah menjadi salah se0rang kru band indie berkenaan.

Selain itu, Kugiran Masdo juga sedang giat bersama menyertai siri festival GegaRia yang sebelum ini telah diadakan dekat Shah Alam dan Johor Bahru.

Selepas ini, mereka akan turun ke Kuantan, Pahang pada 24 Februari ini bagi menjayakana cara yang sama.

Bagi Noh, masa kini merupakan detik yang sesuai bagi Masdo mempertaruhkan bakat mereka.

“Apa yang saya lihat, mereka ikhlas mencipta muzik. Mereka bekerja keras untuk sampai ke tahap sekarang.

“Perjalanan band ini ibarat apa yang dilalui Hujan ketika mula-mula bertapak,” katanya.

Dalam masa yang sama, Noh juga bakal menghasilkan single terbaharu bertajuk Batas Mimpi bersama dengan band dari Indonesia, iaitu Mustache and Beard (M&B).

Noh turut bersama-sama menghangatkan keadaan siri ketiga GegaRia yang merupakan anjuran daripada Media prima Berhad (MPB) yang bakal diadakan di perkaranagn Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Selain Noh dan Kugiran Masdo, Akim & The Majistret, DeFam dan Bukface turut berkongsi pentas yang sama pada sebelah malam.

Manakala, pada petang pula akan diisi dengan persembahan oleh Wany Hasrita dan Priscilla Abby serta sesi demostrasi hijab oleh Mira Filzah serta penyampaian ceramah tentang tanggungjawab media sosial oleh Elfira Loy. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top