Straight To the Point

Paras Hutang Tak Kritikal, Paras Air Selangor Kritikal!

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

PADAN… Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali semalam ‘lompat’ bagai kera kena belacan di Parlimen apabila kena sindir mengenai krisis air dengan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kejadian di Dewan Rakyat semalam, Azmin meminta penjelasan Najib yang juga Perdana Menteri, tentang kesan isu 1MDB ke atas paras hutang negara yang didakwa Timbalan Presiden PKR itu konon cecah RM42 billion.

Najib yang juga Menteri Kewangan bangun menjawab, dengan terus sindir Menteri Besar Selangor tersebut apabila menyatakan bahawa krisis air di Selangor minggu lalu adalah lebih kritikal daripada cerita paras hutang negara.



Paras hutang negara tidak kritikal seperti yang didakwa Azmin. Paras air terawat di Selangor lebih kritikal. Hutang RM14 billion yang diberi kerajaan BN pusat kepada Azmin untuk selesaikan masalah air, bila Azmin hendak bayar?

Sedap sangat tanya bab hutang negara, walhal hutang kerajaan Selangor kepada kerajaan BN pusat boleh pula Azmin selamba buat buat tidak sedar pula. Dia kena sedar diri jika banding mana-mana negeri lain dalam isu air.

Bayangkanlah margin lebihan simpanan air di Selangor adalah pada tahap 0 peratus. Diulang sekali lagi SIFAR! Malulah dengan negeri sekecil Melaka pun ada 20.1 peratus, Negeri Sembilan 22.1 peratus dan Johor 16.4 peratus.

Kalau itu Azmin tidak berasa malu sangat, kejadian gangguan bekalan air di Selangor sahaja ada 80,125 kes sepanjang 2016. Di Selangor, aduan berkenaan gangguan bekalan air pula ialah 259,537 untuk tahun yang sama.

Selangor sebenarnya adalah juara masalah air di Malaysia. Baca pautan tulisan Beruang Biru ini:

Selangor Kini Juara Masalah Bekalan Air Di MalaysiaSelangor dulu terkenal kerana sering menjadi juara Piala Malaysia,…

Posted by Beruang BIRU on 10hb Mac 2018

 

Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar tempatan, pada Ahad lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang mendedahkan kisah di sebaliknya isu itu.

Beliau dengan nada kesal melaporkan bahawa keupayaan pembekalan air bersih dalam loji rawatan air di Selangor adalah sangat kritikal. Margin 0 peratus bermaksud semua air yang dirawat dan diagihkan telah habis digunakan.

Semuanya tanpa ada sedikit pun lebihan yang tinggal apatah lagi mencukupi untuk disimpan dalam tangki besar bagi sebarang kemungkinan kecemasan jika berlakunya kerosakan loji, paip pecah atau musim kemarau serius.

Masalah ini terjadi kerana Azmin didakwa seperti melambat-lambatkan penstrukturan semula operator air di Selangor. Duit kerajaan pusat sudah dapat, kena lambat lagikah? Akhirnya rakyat Selangor jadi mangsa Azmin.

Lebih padahya pada 22 November 2017, Puncak Niaga sendiri telah mengambil tindakan saman sejumlah RM14 bilion terhadap Azmin sendiri kerana dituduh mungkir janji dalam soal pengambilalihan industri air di Selangor.

Hutang negara pula pada paras amat selamat tidak kritikal tidak seperti masalah air di Selangor. Najib menegaskan kadar hutang negara masih terurus tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tahap hutang negara kini bahkan berada pada paras 50.8 peratus daripada KDNK. Ini bermakna kedudukan masih terurus dan Malaysia dikategorikan sebagai keberhutangan sederhana jika dibandingkan beberapa negara maju.

“Ada hutang yang kerajaannya berbanding dengan KDNK adalah jauh lebih tinggi sehingga melebihi 200 peratus,” kata Najib pada persidangan Dewan Rakyat semalam sekali gus sindir blok pembangkang konon Malaysia muflis.

Berdasarkan fakta ini, kita dapat tahu bahawa paras air terawat di Selangor adalah pada angka 0 (dibaca: kosong) berbanding pula paras hutang negara ketika ini yang masih pada kadar tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

Jadi benarlah apa Najib jawab semalam di Parlimen. Peliknya, kenapa Azmin gelabah sangat dengan jawapan diberikan dan cuba halang jawapan seterusnya daripada Najib? Azmin takut kerana apa Najib sebut itu ialah realiti.

Apa yang Azmin sebut pasal hutang RM42 billion itu, Mahathir pun sudah berani tidak sebut lagi. Malah ketika diasak oleh YB Baling dan YB Pendang, tiada seorang pun wakil pembangkang bangun mempertahankan Azmin.

Tidak balut leher rasanya semalam, sebab itu lompat macam kera kena belacan. Di media sosial, rakyat Selangor sudah menilai siapa tenang tersenyum jawab dan siapa emosi apabila kena batang tengkuknya. – Agensi/HAA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top