SATU PERUBAHAN

PM Najib Buktikan Komitmen Perjuang Palestin

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menunjukkan komitmen kukuh dalam memperjuangkan isu Palestin, sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berpengaruh.

Walaupun mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat terutamanya bekas Presiden Barack Obama dan Presiden Donald Trump, ini tidak menghalang Najib daripada aktif memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Najib membuat kenyataan tegas menentang tindakan Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel, dan mengulangi pendirian tegas Malaysia ini baru-baru ini.

Akhir tahun lalu, sejurus Trump membuat pengumuman isu, Najib telah dijemput ke sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki Disember lalu.

Jemputan ini disampaikan sendiri oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan yang menyedari pentingnya suara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moderat dalam memperjuangkan isu ini.

“(Negara OIC) menolak dengan sekeras-kerasnya pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat secara unilateral yang mengiktiraf al-Quds al-Sharif sebagai ibu negara Israel yang tidak sah dari segi undang-undang dan sejarah.

“Keamanan yang akan dicapai oleh penduduk Palestin hanya akan berlaku bila tamatnya penaklukan Israel ke atas wilayah Palestin. (OIC) juga mengiktiraf Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyeru negara-negara lain untuk mengiktiraf Palestin,” kata Najib.

Najib membuktikan imej positif Malaysia dalam memperjuangkan nasib umat Islam apabila disambut baik ketua-ketua negara Islam, termasuk Presiden Erdogan.

Pada Januari 2013, Najib membuat kejutan apabila melawat wilayah Gaza di Palestin. Sambutan meriah diberikan memandangkan nama Malaysia dikenali di wilayah itu hasil pelbagai bentuk bantuan dari negara kita selama ini.

Disember lepas, perhimpunan besar-besaran memprotes keputusan diadakan di Putrajaya, dihadiri wakil-wakil kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan Palestin.

Pernyataan sikap oleh Najib itu ialah salah satu suara paling lantang mengecam tindakan Trump dan membela hak Palestin ke atas Baitul Maqdis.

Selain Malaysia, sidang tergempar pemimpin dunia Islam diadakan di Turki dan satu lagi perhimpunan diadakan di Mesir, menghimpunkan ulama terkemuka.

Walaupun tidak dramatik seperti beberapa pemimpin dunia Islam yang lain, Najib memilih pendekatan sederhana dan konsisten dalam memperjuangkan isu Palestin dan isu umat Islam secara umumnya.

Reaksi marah diterima daripada Myanmar ekoran perhimpunan solidariti Rohingya menunjukkan walaupun Malaysia sebahagian Asean, isu kemanusiaan perlu diberi perhatian walaupun tidak disenangi sesetengah pihak.

Perjuangan isu Palestin ini telah terbukti dilaksanakan sejak Najib mengambil-alih jawatan perdana menteri.

Terbaru, Perdana Menteri Najib menerima surat penghargaan daripada Imam Besar Masjid al-Aqsa sendiri Sheikh Dr Ekrima Said Sabri atas perjuangan membela Masjid al-Aqsa dan pembebasan Palestin. – Mynewshub.cc

Terkini dari Politik

Go to Top