PM Teruja Dengan Pameran DSA, NATSEC Asia 2018

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas teruja dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini hari ini.

Ketibaan Najib pada kira-kira pukul 3.30 petang di Mitec disambut Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Beliau turut diiringi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Najib meluangkan masa selama 45 minit meninjau pameran yang bermula hari ini dan yang akan berakhir pada Khamis ini melibatkan 1,500 pempamer dari dalam dan luar negara selain mencuba beberapa peralatan pertahanan.

Antara tapak pameran yang beliau lawati ialah milik syarikat DRB-Hicom Defence Technology Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan berkaitan penghasilan kenderaan berperisai dan logistik tentera. – BERNAMA

Loading...