PPBM Bergolak, Muhyiddin Sekeluarga Bercuti Mewah

KETIKA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) teruk dilanda pergolakan dalaman, presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula santai bercuti mewah dengan ahli keluarganya di luar negara.

Peluang tersebut namun diambil kesempatan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan; orang kuat kesayangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan gerakan bagi ‘menyerang’ hebat imej Muhyddin di dalam negara.

Sebelum ini dia menyentuh hal pembersihan nama presiden PPBM daripada skandal dengan isteri orang tetapi kini Khairuddin mempertikaikan Muhyddin tidak harus bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir.

Bekas ahli UMNO itu malah mempertikaikan tindakan Ahli Parlimen tunggal PPBM di Pagoh tersebut masih boleh rileks sahaja bercuti kerana ia hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin dengan kemelut dalaman.

“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Mahathir sendiri tidak bercuti. Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, mungkin April atau Ogos.

“Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” tegas Khairuddin dipetik penulis blog politik tanah air yang hanya mahu dikenali sebagai Captain M menerusi entri catatan terbaharunya.

PPBM Bergolak, Muhyiddin Sekeluarga Bercuti Mewah

Muhyiddin yang berada di benua Eropah hanya dapat membaca mesej segala skandal budak-budaknya ‘dibongkar’ beberapa pemimpin PPBM sendiri, waima kucar-kacir oleh ‘tangan-tangan’ dalaman parti itu gila berebut kuasa.

Sepanjang Muhyiddin berada di luar negara bercuti mewah bersama-sama dengan anak-anaknya; Anina Saadudin, antara pengasas PPBM, disingkir penuh dramatik daripada jawatan peneraju sayap wanita parti, Ketua Srikandi.

Ini belum masuk lagi ‘askar siber’ Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa sama bekas menteri besar Kedah itu menuduh pihak luar melagakan kepimpinan parti.

Mahathir selaku Pengerusi PPBM pula terus berdiam dengan kritikan Khairuddin sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ahli parti. Ternyata ia suatu permainan agak baik untuk ‘membunuh’ karakter Muhyiddin.

Belum lagi masuk polemik Ezam Mohd. Nor tiba-tiba keluar PPBM, kurang tiga bulan selepas penyertaannya; ugutan Anina bocor ‘rahsia’ pemimpin parti itu dan pendedahan skandal seks Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM.

Semua berlaku ketika Muhyiddin leka bercuti, tetapi Mukhriz tidak membela semua isu individu terpalit isu moral tersebut. Beliau hanya tahu menuduh orang lain khasnya UMNO yang langsung tiada kena-mengena sebagai dalang.

PPBM Bergolak, Muhyiddin Sekeluarga Bercuti Mewah

Dari luar negara ketika sekalipun Muhyiddin dikecam Khairuddin dan orang Mukhriz, laman Facebook Muhyiddin pula terus ‘senyap’ tanpa jawapan seolah-olah tiada apa-apa insiden buruk yang berlaku di tanah airnya sendiri.

Muhyiddin terus ‘melayan’ percutian dengan keluarga khususnya bersama-sama anaknya, Fakhri (pemilik syarikat Thriven Berhad) serta menantunya Adlan Berhan yang memang kaya raya dengan Projek Biometrik dan BestariNet.

Mereka berdua menjadi jutawan hasil projek mewah ketika Muhyiddin pernah berkuasa dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO serta Menteri Pendidikan. Cerita mereka boleh klik di sini.

Fakhri, anak sulung Muhyiddin; dikaitkan skandal Panama Papers dengan dua syarikat di British Virgin Islands. Pengerusi Eksekutif Thriven itu membentuk Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun.

Tahun 2015, Fakhri telah membeli syarikat hartanah Mulpha Land bernilai lebih RM130 juta menggunakan dua syarikat iaitu Teladan Kuasa Sdn. Bhd. dan Ketapang Capital Sdn. Bhd. menguasai majoriti saham Mulpha Land.

Manakala Datuk Adlan Behran, si anak menantu Muhyiddin ‘menyapu’ RM4 bilion projek BESTARINET menerusi YTL selain juga projek ‘#BIOMETRIC SYSTEM’ yang bernilai RM912 juta melalui syarikat Nexbis Sdn. Bhd.

PPBM Bergolak, Muhyiddin Sekeluarga Bercuti Mewah

Tidak dilupakan sistem pangkalan data biometrik buruh asing yang dikenali sebagai NERS dengan konsesi selama 12 tahun ketika Muhyiddin pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu Pekerja Asing.

Kata Khairuddin lagi, PPBM belum mantap waima baharu ditubuhkan namun “tindakan Muhyiddin boleh pula bercuti sebagai tidak wajar dan tidak bijak sama sekali. Lepas PRU, kalau dia hendak bercuti, bercutilah.

“Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu,” katanya lagi yang dipetik pelbagai portal berita politik tempatan mengulas isu ketiadaan Muhyiddin ketika ini.

Walau apapun kita tunggu Muhyiddin kembali ke tanah air. Sekarang biarlah beliau menghabiskan dahulu sesi percutiannya. Anak dan menantu jutawannya masih ‘belum habis’ lagi membelanjakan wangnya di Eropah itu.

Bagaimanapun ada penganalisis politik yang melihat sebaliknya; semakin lama Muhyiddin bercuti maka semakin lunyailah beliau ‘dikerjakan’ oleh Khairuddin, Mahathir, Anina dan Mukhriz…. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...