SATU PERUBAHAN

Rakyat Selangor Dihina, MB Arah Main Di Padang Pasir

in Sukan/Utama & Sensasi

MEMANG patutlah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dihina pemimpin PAN negeri itu sebagai badut apabila kelmarin memberi kenyataan yang amat tidak cerdik dan melalut sehingga ke laut!

Entah apalah yang cuba disorok Timbalan Presiden PKR itu di Stadium Shah Alam sampai takut sangat hendak bagi pasukan negeri tersebut sendiri guna sebagai gelanggang tuan rumah oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Sudahlah sembilan projek perumahan murah untuk rakyat marhaen dibatal, cukai kediaman naik lebih 400 peratus dan terbaharu skuad The Red Giants dihina apabila disuruh pula bermain atas padang pasir macam pasukan Iraq.

Kenapa penduduk miskin bumiputera dan pasukan bola sepak ini perlu dimusuhi sebegitu rupa oleh Azmin? Apakah salah mereka? Adakah ini dendam kerana menyokong musuhnya iaitu Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO?

Azmin malah sindir pasukan Selangor yang kini tidak ada gelanggang rasmi dan kena menumpang main di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Beliau sengaja tidak bagi Stadium Shah Alam sejak 2016 dan juga beku bajet untuk FAS.

Ia berlaku setelah lepas kedudukan sebagai Presiden FAS dan jawatan itu gagal dimenangi ‘orang kuatnya’ sendiri tewas kepada Datuk Seri Subahan Kamal, tokoh UMNO Selangor yang pernah menjadi wakil rakyat di negeri itu.

Azmin sebaliknya berdolak-dalik dengan sindiran The Red Giants sepatutnya boleh bermain di mana-mana stadium tanpa masalah kerana di Iraq tiada stadium dan mereka konon hanya bermain di atas padang pasir kering panas.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main kat padang pasir,” sinis Azmin yang dilahirkan di Singapura ketika ditanya pemberita apakah beliau sedia lupa segala sengketa politik demi kepentingan bola sepak Selangor.

Ternyata Azmin memang cakap benda karut. Pasukan Iraq tidak bermain bola atas padang pasir. Mereka malahan beraksi dalam stadium canggih bertaraf dunia dengan padang terbaik dan kini mempunyai lebih 30 buah stadium.

Stadium Olimpik Maysan yang merupakan arena pelbagai guna di Amarah, 50 kilometer dari sempadan Iran antara contoh gelanggang sukan paling moden boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada tahun lalu.

Sebuah lagi ialah Stadium Olimpik Karbala, di selatan Iraq dengan kapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016. Di ibu kota Baghdad ada Stadium Al-Shaab yang siap dibina pada 1966 dan mampu muat 35,000 penonton.

Kerajaan Iraq juga membina Stadium Tajiat di Baghdad dengan kapasiti 60,000 tempat duduk selain 15 buah lagi di seluruh negara demi memastikan pemain negara itu tidak lagi penat beraksi atas permukaan padang pasir tandus.

Baca: Selangor Kempunan Tiada Stadium Hos Sendiri

Juga: Red Giants Di Stadium Shah Alam Jika BN Menang

Ketika ini Iraq yang dihina Azmin pun berada pada kedudukan ke-69 ranking dunia FIFA manakala Selangor yang sudah menang Piala Malaysia paling banyak iaitu 33 kali, ironi menerima layanan sebegitu teruk sekali oleh beliau?

Memang Azmin sudah lama letak jawatan Presiden FAS. Peliknya apabila ada orang cuba memajukan bola sepak Selangor, beliau seolah-olah dengki dan langsung tidak beri stadium keramat yang dibina BN itu pada 1994 lalu.

Logiknya mana ada padang pasir lagi di Selangor. Maklumlah pasir semua habis dikorek dan dicuri untuk diberi kepada syarikat kroni Azmin sendiri hingga terpaksa dilaporkan kepada pihak SPRM dan dibicarakan di mahkamah.

Itu hal bola sepak yang kena menumpang ihsan stadium orang lain. Isu perumahan juga rakyat Selangor hanya dapat menumpang tengok sahajalah. Projek rumah murah yang sepatutnya dibuat untuk anak negeri, dibatalkan.

Pada 6 Februari lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku buat keputusan batal pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku. Ia dipengerusikan Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad.

Alasannya cukup pelik iaitu syarikat pemaju dipilih kerajaan negeri itu sendiri telah gagal mendapatkan permit kebenaran merancang dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang ada tiga projek, Majlis Perbandaran Selayang dua projek, manakala Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya Majlis Perbandaran Klang masing-masing satu projek.

Dua tahun gagal merancang satu pun projek perumahan kos rendah untuk rakyatnya sendiri. Malah diroboh pula rumah bilal dalam kawasan masjid pada tahun lepas. Pesta arak boleh pula diluluskan kerajaan negeri serta merta.

Azmin ternyata bukan peduli rakyat, tetapi mahu zalimi rakyat dan ribuan penyokong The Red Giants. Bola sepak yang sepatutnya wadah kebanggaan negeri itu selama puluhan tahun pun jadi mangsa politik kebencian Azmin.

Akhirnya rakyat bawahan juga jadi mangsa sikap ego tidak bertempat si Azmin. Terus batal rumah rakyat secara logik bermakna jika PKR dan DAP masih perintah lagi di Selangor, mereka tidak akan buat langsung rumah jenis ini.

Sekarang pasir mereka jual habis dan cukai pintu naik sampai 400% untuk kaut untung. Tanah rumah rakyat dijual untuk projek hartanah mewah. Silap haribulan Stadium Shah Alam pun kena lelong kalau mereka perintah lagi.

Jangan biarkan keadaan buruk ini terjadi lagi… Pulangkan kembali hak The Red Giants beraksi di Stadium Shah Alam. Jom kita kembalikan semula BN tawan Selangor. Ayuh UBAH ini kalilah!!! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Sukan

Go to Top