Ramai Kagum Rap Penyanyi Nasyid Dalam GGV

PROGRAM Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat tema kerohanian dan ketuhanan telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan kumpulan UNIC sebagai juara bagi musim pertama.

Tempat kedua pula dimenangi Hijjaz, Mirwana (tempat ketiga), Azmi Caliph Buskers (keempat), Hafiz Hamidun (kelima) dan kumpulan Saujana di tempat keenam.

Yang menariknya, rancangan GGV ini telah membawa penonton melihat sisi lain kumpulan-kumpulan nasyid ini apabila mereka juga rupa-rupanya boleh menyanyikan lagu rap dengan baik sekali.

Ketika di pusingan Battle, finalis perlu bertarung menyampaikan lagu rap yang sememangnya lari jauh dari forte penyanyi-penyanyi nasyid tersebut.

Untuk segmen itu, Hafiz battle dengan Azmi menerusi lagu Aku Maafkan Kamu dendangan asal Datuk Jamal Abdillah dan Zizan Razak, UNIC vs Saujana (lagu Kalah Dalam Menang, nyanyian asal Syamsul Yusof dan Mawi serta kumpulan Hijjaz bertarung dengan Mirwana menyanyikan lagu Alhamdulillah nyanyian Too Phat.

Sebaik melihat persembahan mereka kebanyakan penonton nyata terhibur dengan persembahan battle penyanyi-penyanyi tersebut yang keluar dari kepompong nasyid mereka.

Ramai Kagum Rap Penyanyi Nasyid Dalam GGV

Mereka sama sekali tak percaya yang ustaz-ustaz ini boleh rap persis penyanyi rap yang sebenar, lebih-lebih lagi dengan penampilan Munif Hijjaz yang kelihatan cukup tenang dalam menyampaikan rapnya.

Lepas ini penyanyi nasyid dah boleh ‘tapau’ penyanyi rap pulak kot! Memang hebat dan terbaik persembahan mereka. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Loading...